Sunday, 21 February 2016

                                                  NOTA SASTERA

Apa itu sastera?

=satu bidang seni kreatif


Genre kesustraan melayu moden

Prosa>prosa maden>novel,drama,cerpen
Puisi>puisi moden>sajak

BENTUK DAN GENRE KESUSTERAAN MELAYU
PROSA:    1.prosa moden
                 2.prosa klasik
prosa moden:cerpen,novel,drama
prosa klasik:    1.sas. rakyat
                          2.sas. pengaruh hindu
                          3.sas. zaman peralihan
                          4.sas. pengaruh islam
                          5.sas. panji
                          6.sas. sejarah
                          7.sas. kt. Negaraan
                          8.sas. undang-undang
                          9.sas. saduran
                         10.cerita berbingkai
PUISI: KLASIK,MODEN
puisi moden: sajak
puisi klasik:     1.pantun
                         2.syair
                         3.peribahasa
                         4.teromba
                         5.talibun
                         6. nya, kanak kanak
                         7. jampi mentera
                          8.gurimdam, zikir
                          9. seloka, kit'ah,maznaw
                        10.nazam, rubai, ghazal



                                                            NOTA GAYA BAHASA                 



1. Anafora -Pengulangan kata pada awal baris

Terbang kenanga terbang pohon

Terbang burung sering dipohon



2. Responsi -Pengulangan kata pada tengah-tengah baris

Sayang indah pergi Johor

Dia yang kupinta pergi datang



3. Epifora -Pengulangan kata pada akhir baris

Sayang Salmah hatinya pedih

Teruja sakitnya hati pedih



4. Repitasi / Repitisi -Pengulangan kata pada baris yang sama

Pergilah sayang pergi jauh

Hati ini hati yang dilukai



5. Simplok -Pengulangan kata pada awal dan akhir baris yang sama

Sayang seribu kali sayang

Hanya aku yang kau kenali



6. Sinkof / Sinkope -Penggunaan singkatan kata

Ku, mu, mau, tak, nak, mak



7. Metafora -Perbandingan secara tidak langsung atau kiasan atau perbandingan yang mempunyai dua kata yang berisi konkrit dan abstrak.

Bukit-bukit harapan

*Bukit ( unsur konkrit)

*harapan ( unsur abstrak)



Hatinya mengalir sungai duka

*sungai (unsur konkrit)

*duka (unsur abstrak)



8. Simile -Perbandingan atau kiasan secara langsung yang bersendi laksana, seperti, bak, umpama, bagaikan dan sebagainya

Seperti kolek terdampar di pasir

Bagai buih kecil di air



9. Personifikasi -Penggunaan unsur kemanusiaan terhadap unsur bukan manusia

Kebosanan menggigit pangkal rasa

*kebosanan bukan manusia, kebosanan tidak boleh menggigit.



10. Hiperbola -Penggunaan unsur yang melampau

Cinta kepadanya cinta jutaan bunga-bungaan

*manusia tak mungkin dapat cinta akan berjuta-juta bunga



Sekarang Kumpulkan tenaga raksasa

*manusia tak mungkin dapat mengumpulkan tenaga seperti raksasa



Seribu tahun kembali juga

*manusia tak mungkin berjumpa selepas seribu tahun



11. Hybrid-Penyatuan dua kata menjadi satu kata

Bertanggungjawab

*Tanggung + jawab



Ketidakpastian

*Tidak + pasti



12. Inversi- Pembalikan kata

Aduhai adinda berpesan adik

*Sepatutnya ditulis Aduhai adinda adik berpesan



13. Paradoks -Penggunaan unsur positif dan negatif dalam satu baris puisi

Menangis dalam kegembiraan

*Menangis – unsur negatif

*Kegembiraan – unsur positif



14. Asonansi -Pengulangan bunyi vokal

Aduhai malang Pak Kaduk

*pengulangan huruf vokal "a"



15. Aliterasi- Pengulangan bunyi konsonan

Ayamnya menang kampung tergadai

*Pengulangan huruf konsonan "m"



16. Imejan -Penggunaan unsur alam

Saturday, 20 February 2016

                      SAJAK AKU DAN KAU
Kau adalah bapa yang ingin jadi pemurah                        Beginilah lumrah hidup
Kau adalah bapa yang ingin jadi pengasih                          kau pun tersisih dengan anak-anakmu
Jadilah anakmu                                                                             Di pelabuhan waktu
Mata bola apinya yang merah                                              Kau disisiku dihujung perjalananmu
Dan kau pun jadi lilin yang lembut                                       Dan aku pun terpisah

Di rumahmu
Anak-anakmu lebih bersuara lantang
Mata mu hanya mampu berkelip-kelip cuma
Jiran masih mengatakan kau baik hati
Senang hatimu menerima pujian
Kau pun semakin sunyi

Anak-anakmu semakin berani
Bergurau liar
Pada gagak-gagak hitam di rimba
Dan kau sedar kini
Langkahmu terbelenggu
Anak mu si manis pula pulang
Bersama cucumu berambut perang
Jiran masih mengatakan kamu baik hati
Sedang hatimu semakin pilu


Bagi 3 pengajaran berdasarkan  sajak di atas
1. Jangan menderhakai ayah
2. Selalu mengembirakan ayah
3. Jadi anak yang baik






                                               A)    SENARAIKAN GAYA BAHASA DALAM SAJAK KAU DAN AKU

1.      Ansonnsi
Kau adalah bapa yang ingin jadi pemurah                         
Kau adalah bapa yang ingin jadi pengasih   
2.      Hyperbola   
  Mata bolanya api yang merah
3.      Inversi
Matamu mampu berkelip-kelip cuma
Di pelabuhan waktu
4.      Sinkof
Jadilah anakmu
B)    Berikan tema sajak kau dan aku
Hati seorang ayah
C)    Berikan 3 persoalan berdasarkan sajak di atas
Mata bolanya api yang merah
=bolekah bola mata menjadi api yang merah?
Dan kau pun menjadi lilin yang lembut
=bolehkah manusia menjadi lilin yang lembut?
Senang hatimu menerima pujian                                
Kau pun semakin sunyi
=kenapa kita sunyi apabila menerima pujian?
                   

Monday, 1 February 2016

                   PANTUN PATRIOTIK



Sungguh cantik bunga yang merah
     Malahan lagi berbau wangi,
 Kalau jasadku rebah ke tanah
      Rela aku disemadikan di sini
 Tanah ini Tanah Melayu,
    Pedagang datang ingin berniaga,
Serahkan budi bukan tanahmu,
    Pertahankan negara, pertahankan hak bangsa.

Perahu payang layarnya merah
      Belayar menuju arah utara
Keris dipegang bersintukkan darah
      Adat pahlawan membela negara

pergi ke laut menangkap udang,
      Menggunakan perahu pak uda;
Rela kumati berputih tulang
        Tidak kumahu berputih mata


Bunga peria di atas sampan,
     dahan gendasa bersilang-silang;
di tangan belia terletak harapan,
membawa malaysia ke negara gemilang.


Pakai sutera lengan lebar,
   Harga mahal tak sia-sia;
Jalur Gemilang megah berkibar,
   Simbol perpaduan rakyat Malaysia.

Dapur kotor mahu disental
   Habis tertumpah kuah laksa
Jatidiri hendaklah kental
   Semangat waja membangunkan bangsa

Apa guna kepuk di ladang
        Kalau tidak berisi padi
Apa guna keris di pinggang
       Kalau tidak berani mati

 Cik Embun orang berbidan
        Pandai mengurut sakit kepala
 Biar berkalang nyawa di badan
      Kedaulatan negara kupertahankan jua


Semua orang mempunyai otak.
      Dapat berfikir dengan bijak sekali;
Biar retak bumi kupijak
       Kamu takkan kulepaskan lagi