Sunday, 21 October 2018

Soalan percubaan SPM 2018 (Pulau Pinang)




Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan menabung amat penting dalam kehidupan manusia. Amalan baik ini haruslah dididik oleh ibu bapa sejak kecil. Terdapat banyak cara untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan masyarakat.

Faedah kedua sekiranya seseorang itu melakukan tabungan ialah wang tabungan itu dapat digunakan pada waktu kecemasan. Dana kecemasan ini cukup penting terutamanya buat individu yang sudah berkeluarga. Dana kecemasan biasanya merupakan satu dana yang disimpan untuk membiayai perbelanjaan di luar jangkaan. Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa malang tidak berbau, nasib buruk seseorang itu sukar dijangkakan oleh sesiapa. Oleh itu, wang yang ditabung dapat membantu orang yang berada dalam keadaan susah sebagai sumber kewangan. Misalnya, semasa dalam masalah kesihatan, ditimpa bencana alam dan tragedi kemalangan jalan raya. Sudah pasti wang tabungan itu amat berguna untuk tujuan rawatan.

Amalan menabung boleh mengamalkan amalan berjimat cermat, terutamanya dalam kalangan pelajar. Dengan adanya amalan ini, kita tidak akan boros dalam perbelanjaan seharian seperti makanan, hiburan dan sebagainya. kita akan menggunakan wang dengan cermat dan memastikan kita tidak terlebih guna wang yana ada pada kita. Misanya, seseorang yang berjimat cermat sudah tentu menggunakan separuh daripada wang perbelanjaan yang tidak dibelanjakan untuk ditabung sama ada di dalam bekas tabung atau disimpan di bank. Penyimpan bank juga akan memperoleh dividen hasil daripada simpanan, bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Wang tersebut juga boleh membantu keluarga dan saudara kita yang berada dalam kesusahan. Dalam erti kata yang lain, wang tersebut dapat memudahkan segala urusan pada masa hadapan. Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa sediakan payung sebelum hujan dan beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Hakikatnya, amalan menabung merupakan persediaan kita untuk menghadapi saat-saat kecemasan yang tidak dapat dijangka oleh akal sama sekali.

Akhir sekali, dengan wang tabungan juga kita dapat membeli apa-apa yang kita ingini. Kita juga tidak perlu lagi meminta wang daripada ibu bapa untuk membeli barangan keperluan kita sendiri. Dengan ini juga kita bole memupuk sifat berdikari dalam diri kita.
Justeru, amalan menabung sangat banyak memberi faedah kepada masyarakat. Jadi marilah sama-sama kita menabung demi masa depan kita.

Soalan percubaan SPM 2018 (Pulau Pinang)

 Pada era globalisasi ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Mereka berpendapat bahawa membaca karya-karya ilmiah dianggap berat dan membosankan kerana memerlukan minda untuk berfikir sedangkan  majalah atau buku-buku yang berunsurkan hiburan lebih seronok untuk dibaca kerana pembacaan bagi mereka hanya sekadar mengisi ruang kosong dalam masa senggang sahaja. Persoalannya, apakah modus operandi yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan?

          Untuk memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak, ibu bapa haruslah membawa anak-anak ke pesta buku atau pameran buku  seperti Pameran Buku Antarabangsa  di PWTC yang diadakan pada setiap tahun. Hal ini dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Apabila ibu bapa membawa anak-anak ke pameran buku, minat anak-anak untuk membaca buku akan bercambah. Anak-anak akan dapat melihat pelbagai jenis buku yang menarik serta menyeronokkan untuk dibaca. Mereka berpeluang untuk memilih buku-buku yang disukai dan diminati. Dalam hal ini, peranan ibu bapa amat penting untuk membimbing anak-anak agar dapat memilih buku yang berkualiti yang mampu membina pemikiran atau minda anak-anak.

         Selain itu, ibu bapa harus  menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam aspek membaca. Justeru, ibu bapa hendaklah  memulakan budaya membaca di rumah dengan menyediakan persekitaran yang boleh  merangsang minat anak-anak untuk membaca buku-buku ilmiah. Ibu bapa hendaklah membaca buku-buku dan surat khabar  pada setiap hari terutama pada waktu senggang. Perbuatan ibu bapa yang suka membaca pasti akan dicontohi dan diikuti oleh anak-anak kerana pepatah menyatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Pada zaman ini, anak-anak tidak tahu untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah Jadi, ibu bapa boleh mendidik anak-anak sejak kecil lagi untuk membaca buku-buku ilmiah. Bak kata pepatah, melentur buluh  biarlah dari rebungnya dan asas pendidikan bermula dari rumah.

          Di samping itu, Ibu bapa perlu menambahkan sumber bacaan dengan membeli banyak buku atau majalah yang mengandungi  ilmu  pengetahuan yang boleh mengembangkan minda anak-anak.  Pepatah menyatakan bahawa  membaca jambatan ilmu Apabila anak- anak banyak membaca, sudah tentu pengetahuan mereka pun akan meningkat. Sebagai ibu bapa, mereka hendaklah membeli bahan bacaan secara tetap pada setiap bulan seperti Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Al Islam  dan Solusi selain surat khabar yang dibeli secara harian. Secara tidak langsung, anak-anak akan tertarik untuk membaca buku-buku dan majalah yang mengandungi banyak ilmu dan pengetahuan yang dibeli oleh ibu bapa mereka. Minat untuk membaca bahan-bahan yang berkualiti pasti akan bercambah dalam jiwa mereka.

            Seterusnya  ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak  membaca buku dengan cara mendaftar anak mereka menyertai kelab buku.  Melalui penyertaan dalam kelab buku, anak-anak akan menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui perkembangan buku yang terkini.  Sebagai contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.    Apabila anak-anak menjadi ahli kelab buku, mereka didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan buku. Secara tidak langsung, anak-anak juga dapat membezakan bahan bacaan yang bermutu dan bahan bacaan yang tidak berkualiti.
            
              Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan, ibu bapalah yang memainkan peranan penting menggalakkan anak-anak membaca bahan-bahan ilmiah. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan anak mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak mereka cerdas. Oleh hal yang demikian,  ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk menyemaikan minat membaca dalam kalangan anak mereka


Tuesday, 16 October 2018

1.       Isu pembuangan bayi menjadi polemik dalam surat khabar sejak baru baru ini.
2.       Golongan marhaen perlulah memberi kerjasama kepada pemimpin jika ingin mewujudkan sebuah negara yang maju.
3.       Kulawarga Ali akan bercuti di London pada hujung tahun ini.
4.       Dasawarsa ini, kes perlumbaan haram semakin meleluasa.
5.       Ali dipamggil ke hadapan untuk memberikan ikhtisar program itu.
6.       Abu suka menabung amsal abangnya.
7.       Pelajar haruslah menjaga wasilah dengan guru.
8.       Pagi yang nirmala.
9.       Untuk mendapat sakinah dalam hidup, kita haruslah mentaati agama.
10.   Sinergi antara pemimpin adalah sangat penting.
11.   Membaca adalah salah satu uslub menambah ilmu.
12.   Prakarsa untuk menhadapi masalah itu telahpun dilaksanakan.
13.   Contoh aforisme adalah melentur buluh biarlah dari rebun.
14.   Adik saya sirna dari rumah.
15.   Seantero sekolah menghormati beliau.
16.   Solat adalah obligasi umat islam.
17.   Mayapada semua orang hanya mengejar kejayaan dunia.
18.   Itu adalah salah satu prakarsa mapan untuk mengatasi masalah tersebut.
19.   Malaysia dikenali jagatraya.
20.   Seyogia golongan remaja haruslah belajar bersungguh sungguh.
21.   Sementelahan, adik yang sendang menangis
22.   Mauduk hari ini adalah hormati ibu bapa.
23.   Saya akan menyambung padau perbincangan kita pada hari ini.
24.   Perokok tegar memang tidakmboleh ditegur lagi.
25.   Abu menyisir rak buku di biliknya.
26.   Sifat mahmudah pelu diamalkan dikalangan semua orang.
27.   Gemulah baik orangnya.
28.   Ceritera itu telah tersebar luas.
29.   Abu berkongkalikung dengan Ali untuk ponteng sekolah.
30.   Ali menyalin inti pati yang penting semasa program itu.
31.   Remaja mesti mengkaji sesuatu isu agar mampu berijtihad  apabila ditanyakan tentang sesuatu isu oleh orang luar.
32.   Kita haruslah menghadap kesalahan yang telah kita lakukan.
33.   Abu mengucapkan belasungkawa kepada kulawarga Ali atas kematian ayahnya.
34.   Kentadipun hujan api datang  melanda.
35.   Langkah-langkah signifikan perlu diambil untuk menatasi masalah itu.
36.   Sifat terampil perlu ada dalam diri setiap pelajar.
37.   Prognosis tentang sifat orang yang tidak dikenali tidak patut wujud.
38.   Perdana memteri telah memproklamir tentang undang-undang tersebut.
39.   Tragedi MH370 masih tidak dapat diselesaikan.
40.   Kulawarga saya terdiri dari 7 orang adik beradik.
41.   Kerajaan menyediakan kemudahan jalur lebar di kampung itu.
42.   Ramai remaja zaman sekarang mengamalkan nihilisme dalam kehidupan mereka.
43.   Orang yang berilmu akan bermobiliti ke arah kejayaan.
44.   Budaya hedonisme tidak patut wujud dalam kalangan remaja.
45.   Di Malaysia terdapat banyak perniagaan francais.
46.   Semasa solat, semua makmum haruslah merapatkan saf.
47.   Kita perlu melakukan anjakan paradigma untuk merubah senario negatif yang membelenggu golongan muda negara ini.
48.   Budak itu mampu melakukan kodofikasi kerana dia mempunyai pengetahuan yang luas.
49.   Mirol memandang enteng tentang kerja rumahnya.
50.   Ibu bapa perlu cakna akan perlakuan anak-anak.
51.  Kita haruslah mengenali kawan kita secara tuntas.
52. Izharnya, golongan orang kurang upaya turut membantu perkembangan ekonomi negara Malaysia
53. terdapat jerayawara di sekolah.
54. mendapat afdal ibu bapa.
55. Guru yang berkesan mampu melakukan rekayasa melalui pelbagai medium dan kaedah pengajaran di dalam kelas.
56. sifat egosentrik juga perlu ada dalam diri setiap orang.
57. Remaja yang mampu menongkah arus kebejatan sosial akan menjadi adiwangsa yang mengharumkan nama negara.
58. Konsep 1 Malaysia mampu merealisasikan egalitarianisme dalam pembudayaan budaya dan bahasa
59. Atma remaja.
60. Kebobrokan yang berlaku.
61. ebagai pengitlakan, kita seharusnya berganding bahu memulihara bangunan bersejarah untuk memastikan generasi hari muka dapat mewarisinya.
62. Cara itu sangat efisien.
63. Ramai gelandangan.
64. Muasir ini, budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia telah meningkat.
65. Sememangnya simbiosis antara kerajaan dengan rakyat mampu menghasilkan sinergi yang merubah senario masyarakat.
66. Anak-anak terdorong untuk melakukan pidana dek galakan rakan-rakan sebaya.
67. Remaja seharusnya berusaha menjadi golongan ningrat yang akan membanggakan nama ibu bapa dan negara.
68.Seharusnya kita membantu negara-negara jembel di Afrika yang mengalami krisis makanan 
69. Sebagai golongan murba, kita seharusnya menyokong Dasar 1 Murid  1 Sukan.
70. Kita seharusnya memerangi gejala buli dan ponteng sekolah kerana kita tidak mahu melihat generasi akan datang menjadi masyarakat proletar.

Tuesday, 25 September 2018


Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa





(i)  Akhirnya Abu pulang ke rumah selepas sekian lama menghilang.

(ii)  Khairul suka melakukan kerja itu kerana mendapat pulangan yang lumayan

(iii) Syafiq memulangkan kembali barangan yang dipinkjamnya daripada Ali

(iv) D

(v) Pemansuhan peraturan itu telah dijalankan

(vi) Undang-undang itu telah lama dimansuhkan





(i) Kumar bertanya Daniel hendak ke mana

(ii) Daniel menjawab tidak ke mana-mana. Dia ingin ambil angin sekejap

(iii) Kumar memuji Daniel kerana dapat menjawab semua soalan fizik tadi

(iv) Daniel menjawab mana ada

(v) Kumar bertanyakan apa rahsia Daniel semakin bijak dan meminta Daniel untukj berkongsi

(vi) Daniel menjawab tak adalah, dia cuma ulangkaji dan belajar dengan abangnya





(1) Meletak = meletakkan     pelangan = pelanggan

(2) Tersuhur = tersahur       luas = meluas

(3) Berteknoloji = berteknologi mendalamkan = mendalami





(1) Dalam = dengan    perlulah = perlu

(2) Tentang = mengenai    para = para-para

(3) Supaya=untuk       -------







(1) Aur dengan tebing

(2) Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

(3) Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat





soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa





(i) Haiwan mempunyai cakar

(ii) Kucing itu mencakar saya

(iii) Dua orang perempuan sedang bercakaran di bangunan itu

(iv) Itu bunyi kucing

(v) Kucing berbunyi “meow”

(vi) Surat ini sebunyi dengan surat yang kita terima

b) Siti bertanya kepada Faiz mengapa dia tidak menghadiri latihan zapin semalam. Faiz memberitahu Siti bahawa kakinya sakit kerana dia terjatuh di tangga semalam. Siti bertanya semula kepada Faiz bagaimana dia boleh jatuh tangga. Faiz menjawab dia tidak perasaan ada satu anak tangga lagi sewaktu menuruni tangga rumah datuknya. Siti berkata yang dia rasa bahawa lebih baik Faiz pergi berurut untuk membetulkan urat saraf Faiz. Faiz berkata baiklah, saya akan pergi berurut di kampung sebelah pada petang nanti.
c)
 (i) kriatif-kreatif                                                   mentakrifkan-ditakrifkan
(ii)interpersonel- interpersonal                     pembetukan-membentuk
(iii) goring-goreng                                               menghasil-menghasilkan

d) berkuantiti-berkualiti
   tarikh habis- tarikh luput
dengan kekotoran-pada kekotoran
sangat penting sekali-sangat penting
peralatan-peralatan- peralatan
kekotoran- kotoran

e) 1)sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua.
    2)sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
    3)berfikir sebelum berkata, berunding sebelum buat.