Tuesday, 18 October 2016

Saya bangun lalu pergi ke tandas untuk berwuduk.Selepas itu, saya pergi ke surau untuk solat subuh berjemaah.Selepas solat subuh, saya membaca al mathurat.Selepas itu, saya pulang ke bilik dan berehat.kemudian, saya mandi dan bersiap.pada pukul 7:45 pagi, saya pergi ke dewan serbaguna untuk perhimpunan harian dan seterusnya pergi ke kelas.Semasa waktu rehat pada pukul 10 pagi saya tidak pergi kedewan makan  dan saya terus pergi ke kelas seterusnya.Pada waktu rehat saya pulang ke bilik dan solat zohor di surau.Selepas itu, saya tidur sekejap.Sebaik sahaja saya bangun daripada tidur sya terus pergi ke kelas kimia.Hari ini kami membentangkan hasil kerja kami.Selepas solat asar saya pergi beriadah di stadium.Selepas itu saya terus ke dewan makan untuk makan malam.Selepas makan malam saya mandi dan terus pergi ke surau untuk solat maghrib.Seleaps solat maghrib saya pergi ke kelas 7 fasa 1 untuk prep.Selepas prep saya pergi ke surau untuk solat isyak dan seterusnya membaca surah al-mulk.kemudian, saya pulang ke bilik dan terus tidur.

No comments:

Post a Comment