Thursday, 4 May 2017

SABAH

3(a)

(i) mengorak langkah – memulakan langkah/tindakan/kerja

(ii) memupuk perpaduan –usaha memperkukuh kesatuan antara kaum

(iii) meniupkan semangat- menaikan keinginan/motivasi/perjuangan

(iv) menumpukan perhatian – hal atau perbuatan menumpukan perhatian dan fikiran

kepada sesuatu

(v) menyelesaikan masalah – tindakan mengatasi kemelut/kesulitan yang dihadapi

(vi) memikul tanggungjawab – menggalas/menjalankan/melaksanakan amanah/tugas

yang diberikan.

3(b)

1 Kanak-kanak itu mandi di sungai.

Jawapan : Mandi di sungai kanak-kanak itu

2 Kebanyakan orang Asia bertubuh kecil.

Jawapan : Bertubuh kecil kebanyakan orang Asia.

3 Bangunan tinggi itu belum tentu selamat.

Jawapan : Belum tentu selamat bangunan tinggi itu.

4 Ibu Raihana sedang sakit tenat di hospital.

Jawapan : Sedang sakit tenat ibu Raihana di hospital.

5 Kelihatan anak-anak kecil itu berkejar-kejaran di padang.

Jawapan : Berkejar-kejaran di padang kelihatan anak-anak kecil itu.

6 Keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu pada awal pagi sungguh dingin.

Jawapan : Pada awal pagi keadaan suhu di atas Gunung kinabalu sungguh dingin.

3 (c)

(i) Isu rumah setinggan yang di duduki oleh pendatang asing di pinggir bandar itu telah saya

lapurkan kepada pihak berkuasa.

i. Ejaan – lapurkan –laporkan

ii. Imbuhan – di duduki – diduduki

(ii) Timbalan Menteri Pertanian telah diberikan penghormatan untuk melepasi anak-anak

ikan ke dalam kolam ternakan semasa beliau merasmikan projek desa maju di kampung

kami.

i. Ejaan - projek desa maju - Projek Desa Maju

ii. Imbuhan - melepasi - melepaskan

(iii)Sawah yang kering-kuntang di daerah itu digenang air kerana hujan lebat sejak seminggu

yang lalu.

i. Ejaan – kering-kuntang - kering-kontang

ii. Imbuhan - digenang - digenangi

3(d)
(i)
Bahasa – gulungan - golongan

Istilah – terpinggir - tercicir

(ii)

Bahasa- berbagai - berbagai-bagai/pelbagai

Istilah – lapang - luas

(iii)
Bahasa – selain daripada menahan – selain menahan


Istilah – seutas – serawan
PERAK


3(a)
(i) pilih

Maksud : isih/sisih, saring, tapis

Ayat: Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat

di bawah.

(ii) pilihan

maksud : yang telah dipilih, hasil memilih, yang terbaik

Ayat :Amira Syakilla merupakan calon menantu pilihan Datin Normah.

(iii) pemilihan

Maksud :hal atau perbuatan memilih

Ayat: Pemilihan Ariff sebagai ketua kelas 5 Tuah tidak disukai oleh Amin.

(iv) tukar

Maksud: alih, ubah, pindah, ganti

Ayat : “Tukar baju adik yang yang sudah kotor itu,” kata emak.

(v) tukaran

Maksud: sesuatu yang ditukar/diganti

Ayat: “Tukaran syiling dua puluh sen bagi RM 1.00 ialah lima keping,” kata Zainal kepada

Jamil.

(vi) penukaran

Maksud: perihal menukar ( mengubahkan / pemindahan , memindahkan / pemindahan

,menggantikan / penggantian )

Ayat : Penukaran hak milik tanah Haji Salleh kepada isterinya itu telah tertulis dalam

wasiatnya.


3 (b) Menukar Ayat – Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah

(i)Alia memberitahu sahabat baiknya Julia bahawa dia bercadang untuk menyertai

pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh sebuah syarikat rakaman.

(ii) Julia menyokong hasrat Alia itu dengan menyatakan bahawa dia tahu suara Alia

memang merdu dan perlu diketengahkan.

(iii) Alia menyatakan kebimbangannya sekiranya ibu bapanya tidak mengizinkannya

menyertai pertandingan itu / tersebut

(vi) Alia meminta pandangan Julia tentang cara dia hendak mendapatkan keizinan

daripada ibu bapanya.

(v) Julia memberi cadangan kepada Alia agar memberitahu ibu bapanya bahawa

dia mempunyai harapan untuk menang dalam pertandingan itu dan berjanji akan

menjaga nama baik diri dan keluarganya.

(vi) Alia bersetuju dengan cadangan Julia itu dan menjelaskan bahawa dia akan

mencuba cadangan yang diberikan oleh Julia itu.


 3 (c) Kesalahan ejaan dan imbuhan

(i) Kesalahan imbuhan : diberi- diberikan

Kesalahan ejaan : Deligasi- delegasi

(ii) Kesalahan imbuhan : memikulkan - memikul

Kesalahan ejaan : karisme- karisma

(iii) Kesalahan imbuhan : menjanjikan-dijanjikan

kasalahan ejaan : berlipatganda – berlipat ganda


 3 (d) Kesalahan kata atau istilah dan tatabahasa

(i) Kesalahan kata/istilah : tersangkut - tersekat

Kesalahan tatabahasa : di dalam – ke dalam

(ii) Kesalahan kata/istilah: tolong-menolong- gotong-royong

Kesalahan tatabahasa: di kalangan – dalam kalangan

(iii) Kesalahan tatabahasa : lain-lain faktor – faktor-faktor lain


kesalahan kata/istilah : persekolahan - pembelajaran
KEDAH

menatang - membawa sesuatu di atas tapak tangan

(ii) menjinjing - membawa sesuatu dengan tangan terhulur ke bawah

(menjinjit)

(iii) mengandar - meletakkan belakang (bahu, dada dll) pada sesuatu

supaya teguh atau selesa.

(iv) menuntun - menolong orang lain berjalan dengan memegang

tangannya, (lembu, basikal, motosikal)

(v) mengheret - menarik dengan paksa, menyeret, menghela

(vi) menyorong - menolak (menolakkan) ke hadapan, menolak dari

belakang, mendorong, menyogok

 3 (b)

(b) Tukarkan dialog di bawah ini kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud

asalnya.

1. Khatijah ingin mengetahui sebab Norhayati tidak datang ke sekolah pada hari

sebelumnya.

2. Khatijah meminta maaf daripada Norhayati dan menjelaskan bahawa dia ada hal

di rumahnya.
3. Khatijah ingin tahu sebab Norhayati tidak ke sekolah dan meminta Norhayati

menceritakan kepadanya.

4. Khatijah menegaskan bahawa sekiranya timbul masalah, mereka akan

menyelesaikannya bersama-sama.
5. Norhayati menjelaskan bahawa ibunya sedang sakit dan sudah seminggu terlantar

di hospital.

6. Khatijah terkejut mendengar berita tersebut lalu mendoakan ibu Norhayati agar

cepat sembuh.

3 (c )

(i) Kesalahan ejaan : Kuih muih - Kuih-muih

Kesalahan imbuhan : berhormat - kehormat

(ii) Kesalahan ejaan : menggembeleng - menggembleng

Kesalahan imbuhan : menghadkan - mengehadkan

(iii) Kesalahan ejaan : balasungkawa - belasungkawa

Kesalahan imbuhan : hilang - kehilangan

 3(d)

(i) dimasyhurkan - dinobatkan / diisytiharkan

daripada - oleh

(ii) menjelma - menjelang

Hasani Pasar Raya - Pasar Raya Hasani

(iii) jamuan - santapan

dua setengah jam - dua jam setengah



TERENGGANU

 3 (a)
(i) hati : Manusia yang mempunyai hati yang baik atan sentiasa bahagia dan ceria-

(ii) perhatian :Kemiskinan keluarga lersebut mendapat perhatian daripada Menteri Besar.

(iii) pemerhatian : Pada pemerhatian saya dia wajar diberikan bantuan kewangan,

(iu) pandang : Sekali pandang wajahnya seiras artis terkenal tanah air.

(v) psndargan : Sebelum membuat apa-apa keputusan kita perlu mendapat pandangan orang yang

lebih arif tentang perkara tersebut.

(ui) pemandangan : Pemandangan pulau Kapas sangat jelas pada waktu pagi.

3 (b)

(i) Frasa Nama -| Frasa Nama

(iD Frasa Nama * Frasa Adjektif

(iiD FrasaNama + Frasa Sendi

(i") Frasa Nama + Frasa Kerja

(u) FrasaNama + Frasa Sendi

(vi) Frasa Nama * Farasa Nama

 3 (c)

(i) mudahkan - memudahkan

penguatkuasa - penguat kuasa

(ii) profesyen - profesion

bertemu duga - ditemu dugy' temu duga

(iii) ko-kurikulum - kokurikulum

pemimpin - kepimpinan/kepemimpinan

3 (d)

(i) sejak kebelakangan ini - kebelakangan inVbelakangan ini

pertunjukan - persembahsn

(ii) luas - hangal / hebat

daripada - dari

(iii) Berbagai - Berbagai-bagai

menyapa - lneneSur

Tuesday, 25 April 2017

Laporan Kem Kepimpinan dan Badan Berunifom di Kem Sri Raudhah


   Pada hujung minggu yang lalu, Kolej PERMATApintar telah menghantar seramai 386 orang pelajar ke Kem Sri Raudhah untuk menyertai kem kepimpinan dan badan berunifom. Kem bermula pada 21 April 2017 dan berakhir pada 23 April 2017. Pengangkutan untuk adalah dengan sembilan buah bas.

  Ojektif kem ini adalah untuk membentuk seorang pemimpin dan seorang pelajar yang berdisiplin.Semasa berada di kem tersebut kami dijaga oleh 15 orang fasi.

  Sebelum bertolak, timbalan pengarah kami memberi sedikit taklimat di dewan serbaguna. Beliau juga menasihatkan kami supaya menjaga disiplin dan kosongkan minda dan fokus pada kem tersebut.Selepas mendengar taklimat, bacaan doa diketuai oleh timbalan pengarah dan kemudian kami pon bertolak.

  Bas pertama yang tiba di kem tersebut adalah bas yang saya naiki. Kami disambut oleh fasi-fasi dengan muka yang gembira.Selepas diberi taklimat, kami terus mengambil wuduk dan solat sementara menunggu kawan-kawan yang lain tiba. Selepas makan malam kami terus bersiap untuk solat maghrib dan seterusnya solat isyak. Pada malam tersebut, kami diberi sedikit pengisian dan kerja berkumpulan. Antara pengisiannya adalah ciri seorang pemimpin. Yang pertama amanah, yang kedua bertanggungjawab, yang ketiga berani, yang keempat bijak, yang kelima disiplin dan yang terakhir masa.

   Pada hari kedua pula kami berkumpul di dewan untuk solat seawal jam 5:30 pagi.Selepas solat subuh kami diberi sedikit masa untuk bersiap kemudian diteruskan dengan aktiviti senam aerobik.Kemudian  kami makan pagi dan meneruskan aktiviti yang seterusnya iaitu "jungle tracking". Selepas itu kami pulang dan berehat dan selepas solat zohor aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti memasak nasi menggunakan buluh dan memasak telur menggunakan lumpur.Pada malam tersebut, selepas solat maghrib dan isyak aktiviti diteruskan dengan sedikit ceramah dan kemudian kami meneruskan dengan aktivi berjalan malam.

  Pada pagi ini kami berkumpul di dewan untuk solat subuh seawal 5:30 pagi. Kemudian kami meneruskan aktiviti seperti biasa iaitu senam aerobik dan makan pagi. Selepas itu kami menyambung kerja berkumpulan dan kemudian kami harus membentangkan hasil kerja kami mengikut kumpulan masing-masing. Kami juga dikehendaki menyediakan tepuk sorak.Selepas selesai semua pembentangan aktiviti diteruskan dengan majlis penutup. Banyak peristiwa sedih semasa majlis penutup ini, terutamanya gimiknya.Terdapat sekelompok pelajar yang menagis.Selepas itu kami mengemas beg, makan dan kemudian pulang ke Kolej PERMATApintar.

  Walaupun ini kali permata saya menyertai kem seperti ini, saya merasakan kem ini memberi kesan kepada saya.Saya berasa amat gembira kerana berpeluang menyertai kem iniSaya berharap agar kem seperti ini diadakan lagi pada tahun-tahun seterusnya. 

Dilaporkan oleh,                                                                                                 26 April 2017.
                                              
(AHMAD AZZAM BIN MOHAMAD)
Pusat PERMATApintar Negara,
43600 Bangi,
Selangor.

Monday, 24 April 2017

Minggu 3: Variasi dan Laras Bahasa


Laras Bahasa 

1.     Laras Bahasa merujuk kepada gaya bahasa dalam bidang tertentu. (register)
2.     Melibatkan pemilihan kata, frasa dan susunan ayat.
3.     Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.
4.     Laras juga dibezakan dari segi tatabahasa seperti ayat aktif/ayat pasif/ayat panjang/ayat pendek.

Laras Bahasa Formal/Rasmi


1.     Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.

Laras Bahasa Tak Formal


1.     Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat atau objek.

Laras Bahasa Iklan


1.     Slogan : Mutu, Gaya dan Keunggulan.
2.     Kaedah penyataan : Kereta untuk dijual.
3.     Perkaitan konsep : Fauziah Latiff dan Lux.
4.     Perisytiharan : Memperkenalkan Perodua Kancil.
5.     Kaedah Umpan : Tawaran Percuma.
6.     Mesra : Bank Bumiputra, Bank Anda.
7.     Bandingan : Fab lebih bersih dan harum.
8.     Gesaan : Cepat, jangan ketinggalan.
9.     Pertanyaan : Sakit kepala? Makanlah Panadol.

 

Laras Bahasa Saintifik dan Teknikal


1.     Kematangan dan keintelektualan. (ayat : subjek penerang jelas, tiada perlambangan dan bunga-bunga bahasa).
2.     Nota kaki, nota hujungan, dan bibliografi.
3.     Istilah-istilah : malar hijau (evergreen), turus tapisan (filter column), keaktifan, pendebungaan, pengoksidan.
4.     Susah difahami oleh orang biasa. (gambar rajah, jadual, graf, formula, simbol)
5.     Bersifat formal dan objektif.
6.     Menggunakan sudut pandangan orang ketiga atau neutral.
7.     Mengutamakan wacana pemaparan.

Laras Bahasa Undang-Undang


1.     Tiada gambar/graf, terdapat prinsip undang-undang.
2.     Mementingkan keringkasan, ketepatan, keobjektifan dan kejelasan.
3.     Istilah : habeas corpus, obiter dictum, defendan dan sebagainya.

Laras Bahasa Media Massa

1.     Ringkas, isi kandungan berita maksimum.
2.     Gaya dan nahu tidak penting.
3.     Ketepatan, kejituan dan keringkasan.
4.     Mudah difahami.
5.     Tiada bahasa berlapis-lapis.
6.     Piramid terbalik iaitu yang penting didahulukan.
7.     Berita mengandung judul dan teks dengan judul memperkenalkan apa-apa yang ada dalam teks berita.
8.     Biasanya disampaikan dalam tiga bentuk iaitu :

(a)   ringkasan : Lelaki Larikan Kasut Bernilai RM1 Juta.
(b)   tafsiran : Ajaran Sesat Penghalang Pembinaan Ummah.
(c)   Petikan : Pak Lah Ganti Saya Apabila Ekonomi Pulih – PM.

Laras Bahasa Sastera


1.     Kreatif dan imaginatif : mesej kabur.
2.     Mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata.
3.     Puitis dan hidup: monolog, dialog, bunga-bunga bahasa.
4.     Menggunakan bahasa tersirat : perlambangan, kiasan, perbandingan, peribahasa.
5.     Terdapat penyimpangan tatabahsa.

Gelaran Warisan


1.     Juga disebut gelaran keturunan
2.     Gelaran ini diwarisi sejak lahirnya seseorang itu.
3.     Gelaran warisan atau keturunan boleh dibahagikan kepada empat jenis:

(a) Gelaran warisan daripada keturunan raja-raja yang memerintah sama ada pada zaman dahulu atau sekarang.
     (b)   Gelaran warisan daripada keturunan orang-orang besar.
     (c)   Gelaran warisan daripada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti Syed, Sayid bagi           lelaki dan Syarifah bagi perempuan.
    (d)   Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden              dari Jawa, Daeng dari tanah Bugis, Sidi di Minangkabau, Teuku dari Aceh.
  
Gelaran Kurniaan

1.     Gelaran didapati melalui pencapaian (achievement)
2.     Gelaran ini boleh dibahagikan kepada gelaran kurniaan pemerintah, dan gelaran kurniaan akademik atau ikhtisas.
3.     Gelaran kurniaan pemerintah ialah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan kepada orang-orang yang dianggap berjasa.
 (a)    Tun - gelaran kurniaan Kerajaan Persekutuan paling tinggi yang dianugerahkan kepada orang lelaki dan perempuan.
(b)    Toh Puan – gelaran untuk isteri kepad Tun.
(c)    Tan Sri – gelaran di bawah Tun, kurniaan Kerajaan Persekutuan kepada orang lelaki dan perempuan.
(d)    Puan Sri – gelaran untuk isteri kepad Tan Sri.
(e)    Datuk – (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia) – gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan-kerajaan  negeri kepada orang lelaki dan perempuan.
(f)     Datuk (Datuk Patinggi atau Datuk Amar) – gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Sarawak.
(g)    Datin Paduka – gelaran yang dikurniakan kepada orang perempuan oleh kerajaan negeri Selangor.
(h)    Toh Puan – isteri kepada Datuk di Terengganu.

Gelaran kurniaan ikhtisas diperoleh kerana kejayaan dalam bidang akademik atau ikhtisas.

(a)    Profesor Diraja – untuk profesor lelaki atau perempuan yang sudah mencapai kemuncak bidang akademik.
(b)    Profesor – untuk lelaki atau perempuan yang sudah mencapai pangkat paling tinggi dalam bidang akademiknya.
(c)     Profesor Madya – untuk orang lelaki dan perempuan yang sudah mencapai taraf akademik satu tingkat di bawah Profesor.
(d)    Doktor – untuk orang lelaki atau perempuan yang berkelulusan Doktor Falsafah, ilmu perubatan dan pembedahan, pergigian dan perubatan veterinar (haiwan).
(e)    Cikgu – untuk lelaki atau perempuan yang menjadi guru.

Gelaran Keagamaan

(a)   Haji dan Hajah– untuk lelaki dan perempuan Islam yang telah menunaikan fardu haji.
Rujukan Hormat

(a)   Yang di-Pertuan Agung dan Raja Permaisuri Agung.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda.

(b)   Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri.

Duli Yang Maha Mulia

(c)   Balu Raja

Yang Maha Mulia

(d)   Raja Muda atau Tengku Mahkota

Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia

(e)   Kerabat Diraja Karib

Yang Amat Mulia

(f)    Bergelaran warisan

Yang Mulia

(g)   Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Yang Amat Berhormat

(h)   Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)

Yang Berhormat

(i) Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja.

Yang Berhormat Mulia

(j) Tun Toh Puan

Yang Amat Berbahagia

(k) Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan ( selain Tun dan Toh Puan) atau gelaran ikhtisas yang formal.

Yang Berbahagia

(l) Ketua Hakim Negara

Yang Amat Arif



(m) Ketua Polis Negara

Yang Amat Setia

(n) Hakim, Kadi

Yang Arif

(o) Mufti

Sahibul Samahah

(p) Ketua jabatan tanpa gelaran

Yang Berusaha



Tuesday, 18 April 2017

Minggu 2: Unsur-Unsur Asing dalam Bahasa Melayu

Pengaruh Bahasa Sanskrit


·         Bahasa Sanskrit dibawa oleh orang India yang datang berdagang dan mengembangkan agama Hindu.
·         Bahasa Sanskrit disebarkan melalui golongan pendeta agama, epik Ramayana dan Mahabharata.
·         Aspek yang mempengaruhi bahasa Melayu ialah aspek kosa kata, imbuhan dan sistem bunyi.

Kosa Kata Pinjaman Bahasa Sanskrit


·         Pembelajaran : bahasa, kata, bicara
·         Sifat : mesra, merdu, dahaga
·         Tubuh manusia : kepala, lidah, bahu, nadi, sendi
·         Barang Perniagaan : kasturi, sutera, kapas, guni, harga, harta
·         Waktu/Masa : senjakala, hari, dinihari (sebelum terbit fajar, lebih kurang pukul 3 pagi), purnama (bulan/month), tadi
·         Barang yang boleh dilebur/permata : emas, raksa(mercury), timah, manikam(jewel), permata(jewel,gem), mutiara(pearl)
·         Perkakas : gergaji, kecapi(lute), sejenis alat bunyi-bunyian seperti gitar.
·         Persaudaraan : saudara, suami, isteri, ayah
·         Bunga dan tumbuhan : teratai, seroja, melati, melur, angsana
·         Kebesaran : raja, maharaja, baginda, paduka, putera, puteri, bendahara
·         Agama dan falsafah : dosa, pahala, puasa, neraka, dewa
·         Istilah lain : asmara, cinta

Imbuhan Pinjaman

·  Maha : mahasiswa
·  Tata : tatabahasa
·  Pra : prasejarah
·  Eka : ekabahasa
·  Dwi : dwibahasa
·  Tri : tridimensi
·  Panca : pancaindera

Pengaruh Bahasa Arab

·         Agama : Islam, nabi, tarikat, baligh, sujud
·         Ilmu : tarikh, kitab, falsafah, hisab (matematik)
·         Hukum : wajib, haram, adil, tertib, makruh
·         Adat : kaum, umat, sedekah, salam, fakir, musafir, nikah, ziarah
·         Kejadian : wajah, insan, wujud, dunia, akhirat, salji, haiwan


Pengaruh Tamil, Hindustan, dan Parsi

·         Bahasa Tamil : kari, kapal, katil, sami, jodoh, mahligai, kolam
·         Bahasa Hindustan : roti, kerani, curi, lucah, kapas, topi, guni, kanji
·         Bahasa Parsi : taman, medan, dewan, bandar, baju, gusti, jam, kahwin, saudara, nakhoda

Pengaruh Bahasa Cina

·       Makanan : mi, tauhu, lai, the, mihun, samsu
·       Pakaian dan barangan : tocang, kekwa, gincu, koyok, sempoa, bak
·       Rumah dan perkakas : loteng, beca, dacing, cawan, pongkes, tanglung, teko
·       Manusia dan hal-ehwalnya: tauke, cincau, kuntau, tongsan, tokong, angpau, kongsi, apek

Pengaruh Portugis Belanda dan Siam

·       Portugis : baldi, bangku, bomba, bola, beranda, dadu, jendela, garfu, gereja, kapitan, kebaya, keju, kemeja, meja, mentega, palsu, paderi, peluru, sepatu, tuala, bendera
·       Belanda : duit, kamar, rokok, kantor, senapang, laci

·       Siam : makyong