Laporan Kem Kepimpinan dan Badan Berunifom di Kem Sri Raudhah
Pada hujung minggu yang lalu, Kolej PERMATApintar telah menghantar seramai 386 orang pelajar ke Kem Sri Raudhah untuk menyertai kem kepimpinan dan badan berunifom. Kem bermula pada 21 April 2017 dan berakhir pada 23 April 2017. Pengangkutan untuk adalah dengan sembilan buah bas.
Ojektif kem ini adalah untuk membentuk seorang pemimpin dan seorang pelajar yang berdisiplin.Semasa berada di kem tersebut kami dijaga oleh 15 orang fasi.
Sebelum bertolak, timbalan pengarah kami memberi sedikit taklimat di dewan serbaguna. Beliau juga menasihatkan kami supaya menjaga disiplin dan kosongkan minda dan fokus pada kem tersebut.Selepas mendengar taklimat, bacaan doa diketuai oleh timbalan pengarah dan kemudian kami pon bertolak.
Bas pertama yang tiba di kem tersebut adalah bas yang saya naiki. Kami disambut oleh fasi-fasi dengan muka yang gembira.Selepas diberi taklimat, kami terus mengambil wuduk dan solat sementara menunggu kawan-kawan yang lain tiba. Selepas makan malam kami terus bersiap untuk solat maghrib dan seterusnya solat isyak. Pada malam tersebut, kami diberi sedikit pengisian dan kerja berkumpulan. Antara pengisiannya adalah ciri seorang pemimpin. Yang pertama amanah, yang kedua bertanggungjawab, yang ketiga berani, yang keempat bijak, yang kelima disiplin dan yang terakhir masa.
Pada hari kedua pula kami berkumpul di dewan untuk solat seawal jam 5:30 pagi.Selepas solat subuh kami diberi sedikit masa untuk bersiap kemudian diteruskan dengan aktiviti senam aerobik.Kemudian kami makan pagi dan meneruskan aktiviti yang seterusnya iaitu "jungle tracking". Selepas itu kami pulang dan berehat dan selepas solat zohor aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti memasak nasi menggunakan buluh dan memasak telur menggunakan lumpur.Pada malam tersebut, selepas solat maghrib dan isyak aktiviti diteruskan dengan sedikit ceramah dan kemudian kami meneruskan dengan aktivi berjalan malam.
Pada pagi ini kami berkumpul di dewan untuk solat subuh seawal 5:30 pagi. Kemudian kami meneruskan aktiviti seperti biasa iaitu senam aerobik dan makan pagi. Selepas itu kami menyambung kerja berkumpulan dan kemudian kami harus membentangkan hasil kerja kami mengikut kumpulan masing-masing. Kami juga dikehendaki menyediakan tepuk sorak.Selepas selesai semua pembentangan aktiviti diteruskan dengan majlis penutup. Banyak peristiwa sedih semasa majlis penutup ini, terutamanya gimiknya.Terdapat sekelompok pelajar yang menagis.Selepas itu kami mengemas beg, makan dan kemudian pulang ke Kolej PERMATApintar.
Walaupun ini kali permata saya menyertai kem seperti ini, saya merasakan kem ini memberi kesan kepada saya.Saya berasa amat gembira kerana berpeluang menyertai kem iniSaya berharap agar kem seperti ini diadakan lagi pada tahun-tahun seterusnya.
Dilaporkan oleh, 26 April 2017.
(AHMAD AZZAM BIN MOHAMAD)
Pusat PERMATApintar Negara,
43600 Bangi,
Selangor.
Pusat PERMATApintar Negara,
43600 Bangi,
Selangor.
No comments:
Post a Comment