Tuesday, 22 March 2016

22 MAC 2016

      Saya bangun daripada tidur pada pukul 6:00 pagi.Sebaik sahaja saya bangun saya terus mengambil wuduk dan pergi ke surau untuk solat subuh berjemaah.Selepas solat subuh saya terus pulang ke bilik dan bersiap untuk pergi ke kelas.


       Sebelum pergi ke kelas, saya pergi ke dewan serbaguna untuk perhimpunan harian.Kelas dimulakan pada pukul 8:00 pagi dan tamat pada pukul 10:00pagi bagi sesi pertama.Semasa waktu rehat, saya pergi ke dewan makan untuk makan tengah hari.Saya pergi ke kelas semula pada pukul 10:30pagi.Kelas tamat pada pukul 12:30tengah hari.Saya pergi ke dewan makan untuk makan tengah hari.Selepas makan tengah hari, saya solat zohor berjemaah di surau.Kemudian saya pulang ke bilik dan menyiapkan pembetulan peperiksaan.Selepas itu saya bersiap untuk ke kelas.

     Kelas bermula pada 2:30petang.Kelas tamat pada pukul 4;30petang.Selepas kelas saya solat asar berjemaah di surau.Selepas solat, saya pulang ke bilik dan terus mandi.Kemudian saya berehat di dalam bilik.Pada pukul 6:30petang.Selepas makan, saya pergi ke dewan serbaguna untuk solat maghrib dan isyak berjemaah.Diantara solat maghrib dan isyak ini diadakan tazkirah selepas maghrib.Selepas solat isyak saya ke kelas untuk prep.Selepas prep saya rakan-rakan membaca surah Al-Mulk.Selepas itu saya pulang ke bilik dan tidur.

Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment