Saya bangun pada pukul 6:55a.m. dan terus pergi ke tandas untuk menggosok gigi.Selepas menggosok gigi, saya terus mengambil wuduk untuk solat subuh berjemaah di surau.Apabila bilal azan subuh, saya terus pergi ke surau untuk solat subuh.Selepas solat subuh, saya tidak bersarapaan dan terus pulang ke bilik.Apabila saya tiba di bilik, saya tidur sekejap.Saya berasa mengantuk kerana hari ini saya tidak sihat.Sebaik sahaja saya bangun daripada tidur, saya terus pergi ke bilik mandi untuk mandi.Selepas saya selasai memakai pakaian, saya terus pergi ke depan auditorium untuk perhimpunan mingguan.
Selepas perhimpunan saya masuk ke kelas untuk belajar.Pada pukul 10:00a.m.saya pergi ke dewan makan untuk minum pagi.Selepas minum pagi saya dan rakan sekelas saya tersilap kelas.Hal ini kerana kami tidak mendapat jadual yang baharu.Pada pukul 12:30p.m.saya pergi ke dewan makan untuk makan tengah hari.Selepas makan saya ke surau dan solat zohor berjemaah.Pada pukul 2:30p.m.saya ke kelas.Kelas tamat pada pukul 4:30p.m.
Selesai kelas, saya pergi ke bilik dan menyalin pakaian.Selepas itu saya solat asar dan menyiapkan karangan yang bertajuk "CARA-CARA KERAJAAN DAN RAKYAT MENGATASI PENYAKIT BERJANGKIT VIRUS ZIKA".Selpas itu saya mandi dan pergi ke dewan makan untuk makan malam.Selepas itu saya bersiap untuk solat maghrib.Selepas solat maghrib ustaz mengajar membaca Al-Quran dengan bertaranum.Selepas solat isyak saya pergi prep dan menyiapkan jurnal ini.Selepas prep kami akan membaca surah Al-Mulk dan pulang ke bilik.Selepas itu saya akan tidur.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment