Wednesday, 23 March 2016


     Saya bngun pada pukul 6:00pagi dan saya terus mengambil wuduk.Saya terus pergi ke surau untuk solat subuh berjemaah.Selepas solat subuh, saya terus ke bilik dan mandi.Selepas itu saya bersiap untuk pergi ke kelas.Sebelum masuk ke kelas, saya pergi ke dewan serbaguna untuk perhimpunan harian.

     Selesai perhimpunan, saya terus masuk ke kelas.Kelas untuk sesi pertama tamat pada pukul 10:30pagi.Semasa waktu rehat saya pergi dewan makan untuk minum pagi.Selepas minum pagi, saya pergi ke kelas.Kelas bagi sesi ini tamat pada pukul 12:30tengah hari.Selepas itu saya pergi ke dewan makan untuk makan tengah hari.Saya solat zohor berjemaah dan selepas solat saya berehat di surau.Selepas itu saya pergi ke kelas.Kelas bermula pada 2:30petang.Kelas tamat pada pukul 4;30petang.Selepas kelas saya solat asar berjemaah di  surau.Selepas solat, saya pulang ke bilik dan terus mandi.Kemudian saya berehat di dalam bilik.Pada pukul 6:30petang.Selepas makan, saya pergi ke dewan serbaguna untuk solat maghrib dan isyak berjemaah.Diantara solat maghrib dan isyak ini diadakan tazkirah selepas maghrib.Pada hari ini tiada prep kerana ada rollcall.Selepas rollcall saya pulang ke bilik dan tidur.

Sekian, terima kasih 6:

No comments:

Post a Comment